Tuesday, June 5, 2012

Buah Zuriat - Salah satu usaha untuk peroleh Cahaya Mata!

Entry ni menyusul selepas habis chit-chat ngan kwn lama. Saya hubungi beliau bertanyakan tentang vitamin yg dia baru jer beli dari saya. Beliau baru jer dikurniakan cahaya mata. Saya bertanyakan tentang usaha yg beliau lakukan dia memberitahu bahawa dia makan buah zuriat dari Mekah. Serius saya baru pertama kali dengar tentang buah ni. Saya kongsikan disini tentang buah ni untuk panduan pasangan2 yang belum dikurniakan anak dan sedang berusaha. Anda mungkin boleh cuba makan buah zuriat ni. Menurut kawan saya ia mudah didapati di Mekah dengan harga 1 Riyal sebiji.

 Ini lah Buah Zuriat @ Buah Hamil dari Mekah......Nampak kecik tapi penuh dengan Khasiat....

Menurut kata kawan saya tu buah ni sgt keras. Memang puaslah nak keluarkan isinya tu untuk direbus dan diminum. Menurut sesetengah pendapat pula buah ni mesti direbus dalam periuk kaca atau tanah tak boleh periuk besi. Erm tak tau sejauh mana kebenarannya.

Macam ni lah rupa isinya yang perlu direbus tu. Macam kelapa pun ada.

Diharap info ini boleh membantu anda yang sedang berusaha untuk menimang cahaya mata. Kita usaha Allah akan tentukan. Insya Allah kalau ada rezeki anda akan perolehinya. 

Salam Ceria
Aniszzddin

No comments:

Post a Comment