Wednesday, May 16, 2012

Set D - Skin Care Set / set kecantikan Kulit

Wah cerah jer mata para wanita bila bercakap pasal kulit cantik ni. Ye la kan sapa taknak kulit cantik macam Ayu Raudhah, Erra Fazira dan artis2 wanita lain. So basically untuk mendapat kulit yang cantik selain daripada menggunakan produk kecantikan kulit kena juga ambil suppliment2 yg membantu dalam mendapatkan kulit yang cantik ni. Yelah macam rumah jugak, kena mulakan dari asas, waktu buat plaster simen tu kena kemas dan licin barulah bila kita sapu cat nampak cantik jer. Kulit muka camtu gak, kena mulakan dari sel2 yang sihat agar kulit nampak sihat, org kata glowing gitu!

Secara umumnya, supplement asas untuk mencantikkan kulit (Set D) adalah:-


VITAMIN C

Selain daripada protein, kulit memerlukan Vitamin C untuk membentuk kolagen. Kolagen ibarat simen yang mengikat batu-bata (protein), supaya kulit sentiasa kenyal. Kekurangan kolagen membuatkan tubuh anda mudah lebam dan calar, kering dan bersisik. Kolagen yang cukup daripada Vitamin C yang baik membuatkan kulit anda kelihatan bersinar dan gebu.

B-COMPLEX

Vitamin B-Complex ( B for Beauty) menjaga kesihatan kulit daripada dalam. Ia membantu mengurangkan garis-garis halus di kulit. Vitamin B-Complex juga penting untuk melanin yang memberi warna pada kulit. Lebih kerap anda berada di bawah matahari, lebih banyak B-Complex diperlukan.

VITAMIN E

Akhir sekali, Vitamin E yang memang diketahui umum adalah vitamin untuk kecantikan kulit, melawan penuaan. (kedut of course!). Vitamin E bersifat anti-oksidan dalam bentuk fat-soluble (manakala Vitamin C tadi dalam bentuk water-soluble).

#BONUS: Vitamin E juga turut dikenali sebagai Vitamin Sex. Membantu menghangatkan hubungan suami isteri. Sesuai untuk mereka yang mengalami masalah "dingin selepas bersalin".


Pengambilan set kecantikan di atas dengan tambahan GLA Complex (Shaklee EPO) & ESP turut membantu anda mendapatkan kulit yang lebih bersih! (dengan syarat pengambilan vitamin yang konsisten dan minum banyak air kosong.)


ESP (PROTEIN)

Asasnya, tubuh badan kita ini terbina daripada protein. Sel tubuh kita terbina daripada protein. Namun, pelbagai proses yang dilalui oleh tubuh kita menyebabkan protein termusnah, menjadi tua, rosak dan sebagainya. Justeru, kita perlukan protein baru untuk mengganti protein yang hilang tadi.

Sel kulit berganti setiap 21 hari. Selepas 21 hari, ia akan digantikan dengan sel baru, which is, sekiranya kita memberikan tubuh kita ‘makanan asas’ yang sihat, maka sel yang terhasil itu pastilah sihat juga. (Sebab tu dalam bidang kecantikan, kerap ditekankan proses scrubbing untuk menghasilkan kulit yang cantik. Sebenarnya, apa yang dilakukan ialah membuang sel2 lama yang telah rosak dan mati, dan membenarkan sel2 baru untuk hidup dan bernafas menggantikan sel2 lama tadi).

Protein boleh diperolehi daripada ayam, ikan, daging, kekacang..Namun hakikatnya, pengendalian sumber makanan berunsurkan protein tadi (memasak) pada suhu yang tinggi telah memusnahkan protein yang terkandung di dalamnya. Maka, pengambilan suplemen protein yang berkualiti adalah penting untuk membantu anda mendapat khasiat protein yang optimum.

Di Shaklee, ESP adalah protein. Pengambilan ESP membantu kita mendapat khasiat protein sebenarnya. Sel yang sihat dapat dihasilkan dengan cukup protein. Sel yang sihat membantu penyerapan vitamin dan galian lain dapat dilakukan dengan optimum. Maka kita akan lebih sihat dan merasakan nikmat kesihatan yang sebenar. Ramai yang amalkan ESP mengakui keberkesanan pengambilan vitamin2 lain.


GLA COMPLEX

Sebenarnya nama Shaklee GLA itu diambil daripada gamma-linolenic-acid (gla) yang merupakan kandungan utama dalam EPO di pasaran itu. Namun Shaklee GLA merupakan vitamin yang lebih baik dari EPO di pasaran kerana ia turut mengandung vitamin E & minyak biji bunga matahari yang membantu mencantikkan kulit si pengamalnya. Bonus!

Sebab itu saya memilih Shaklee GLA sebagai vitamin EPO harian saya! Hormon stabil, period tetap & bonus kulit semakin bersih tanpa jeragat!

Namun pilihan terletak di tangan anda. Pilihlah mengikut bajet jangan sampai membebankan diri sendiri pula yer kang nak cantik punya pasal duit nak makan dah takde hehe.

Jika anda ingin sihat tetapi mengalami kekangan kewangan saya menyediakan "PEK MAMPU MILIK". Anda cuma perlu call/sms saya 0126088399 atau email:aniszzddin@gmail.com untuk harga istimewa dan konsultasi percuma.

Salam ceria,
aniszzddin

No comments:

Post a Comment