Wednesday, May 30, 2012

Cerita saya dan Shaklee.

Ok hari ni saya nak kongsi cerita tentang saya dan SHAKLEE. Saya mula mengamalkan vitamin shaklee bila A'isy taknak minum susu formula dan susu saya sudah kurang. Jadi saya mula bertanyakan kwn2 dan pada masa yang sama google tips untuk banyakkan susu daripada petua2 nenek moyang hinggalah ke tips2 moden. Satu hari saya berborak dengan bff saya yang mana dia juga pada ketika itu pengamal suppliment shaklee. Yang menariknya dia tak approach saya pun suruh beli dari dia atau suruh jadi member. Dia cuma cerita pengalaman dia sebagai pengamal suppliment tu. Bila dengar cerita dia timbul keinginan dan keyakinan untuk cuba dan Alhamdulillah ianya berhasil. Susu banyak dan pekat. So setiap kali saya susukan A'isy mmg nampak yang dia cepat kenyang. Saya juga perasan yang saya tak letih walaupun bergegas blk rumah waktu lunch untuk susukan A'isy. Nak dijadikan cerita pulak, kereta saya accident so lama masuk bengkel. Nasib baik tempat keje dekat jer ngan opis lebih kurang 3 km. So setiap hari saya akan jalan kaki balik lunch untuk susukan A'isy. Pagi2 hubby hantar tapi blk keje jln kaki jer. So setiap hari saya akan berjalan kaki sejauh 9km pergi dan blk lunch dan blk keje ptg. Tapi mmg badan steady jer. blk rumah saya masak lagi untuk suami dan anak2 al maklumlah kat kawasan saya ni takde kedai makan yg sedap. So better masak sendiri walaupun lauk yg simple2. Saya memang yakin yang suppliment ni banyak membantu saya untuk kekal bertenaga dan sihat untuk uruskan keluarga. Selama 3 minggu berjalan kaki saya tak rasa letih yang melampau cuma letih berjalan tu je la tapi takdelah blk umah tu melepek jer keletihan. So sejak dari haritu saya menjadi pengamal tegar shaklee sbb ianya SELAMAT, BERKESAN & SEMULAJADI dan juga semua suppliment dari shaklee melalui ujian klinikal disamping Syarikat ini sendiri sudah berada dipasaran lebih 50 tahun. Ini baru satu sebab kenapa saya pilih SHAKLEE. Saya akan kongsikan lagi sebab2 lain dalam entry yang akan datang.


Salam Ceria,
aniszzddin

No comments:

Post a Comment