Beberapa hari selepas kelahiran bayi anda, tubuh anda akan menghasilkan kolostrum, sejenis "pra susu" atau "susu awal." Bagi sesetengah wanita, kolostrum adalah pekat dan kekuningan. Bagi yang lain pula ia adalah cair dan berair.
Kolostrum mengandungi banyak manfaat, termasuk bahan-bahan antibakteria dan antibodi yang begitu penting kepada bayi anda untuk meningkatkat tahap imun dan tidak didapati dalam susu formula. Aliran kolostrum adalah sangat lambat, yang membolehkan bayi anda untuk mempelajari bagaimana untuk menyelaraskan proses menghisap, bernafas, dan menelan.
Selepas kira-kira 3 hingga 4 hari penyusuan, payudara anda akan mula berasa kurang lembut dan lebih anjal sebagai perubahan susu anda dari kolostrum kepada susu yang kelihatan seperti susu skim. Susu anda akan mengalami peralihan untuk 10 hingga 14 hari pertama, selepas itu ia dianggap sebagai susu matang.
Pada masa ini, jumlah susu badan anda yang dihasilkan akan meningkat, bertindak balas kepada penyusuan bayi anda. Bekalan susu anda ditentukan oleh rangsangan badan anda. Dalam erti kata lain, lebih kerap anda menyusu, lebih banyak susu badan anda dihasilkan.
Ibu-ibu yang bersalin secara Caesarean (pembedahan) mungkin mendapati ia mengambil masa lebih lama untuk bekalan susu meningkat. Ini adalah perkara biasa. Tetapi ia perlu diberi perhatian kerana bayi ibu perlu memastikan bayi mendapat susu yang cukup untuk makan. Pengeluaran susu boleh dihasilkan dengan menyusukan lebih kerap, meletakkan bayi ke payudara setiap 2 hingga 3 jam.
Jika susu anda masih tidak datang dalam masa 72 jam selepas kelahiran bayi anda, anda perlu berbincang dengan doktor anda.
Jangan terkejut jika bayi anda turun berat badan sedikit pada mulanya. Bayi tidak harus kehilangan lebih daripada 7% daripada berat kelahiran mereka.
Friday, April 6, 2012
Soalan lazim penyusuan
Bila susu saya akan terhasil?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment