Bayi anda perlu menyusu 8 hingga 12 kali sehari selama kira-kira sebulan yang pertama. Anda mungkin merasakan seperti anda menyusukan si manja anda lebih kerap daripada seseorang yang menyusukan bayi mereka dengan susu formula. Mengapa? Kerana susu ibu lebih mudah dimencernakan berbanding susu formula, bermakna ia bergerak melalui sistem pencernaan bayi anda dengan lebih cepat dan, dengan itu, membuatkan bayi anda lapar lebih kerap.
Penyusuan yang kerap juga akan membantu merangsang penghasilan susu anda semasa beberapa minggu pertama. Bagi umur 1 hingga 2 bulan, bayi susu ibu mungkin menyusu 7-9 kali sehari.
Sebelum bekalan susu anda terhasil, penyusuan seharusnya "atas permintaan" (apabila bayi anda lapar), yang biasanya setiap 1 ½ hingga 3 jam. Apabila bayi yang baru lahir mula membesar, anda akan dapati mereka kurang kerap menyusu. Mungkin ada yang menyusuan sejam sekali dan yang lain mungkin 2 atau 3 jam jarak setiap penyusuan. Bayi yang baru lahir tidak seharusnya dibiarkan tidak menyusu lebih daripada kira-kira 4 jam. Walaupun diwaktu malam.
Sunday, April 8, 2012
Soalan lazim penyusuan
Berapa kerap harus saya menyusukan bayi?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment