Ini adalah sebab utama ibu-ibu baru mempunyai masa yang sukar dengan penyusuan susu ibu kerana bayi mereka tidak menghisap dada mereka dengan betul, dan boleh mengecewakan bayi dan menyakitkan ibu.
Berikut adalah bagaimana anda boleh memastikan bayi anda melekap dengan betul setiap kali sesi penyusuan:
1- Pastikan mulut bayi anda dibuka luas dan kedudukan lidah dibawah ketika
menyusu.
2- Sokong payudara anda dengan tangan anda, meletakkan ibu jari di atas dan jari
anda di bahagian bawah, pastikan jarak ibu jari dan jari anda cukup jauh
supaya bayi anda dapat memasukkan puting dan areola (bulatan kulit di
sekeliling puting)kedalam mulut mereka.
3-Perlahan-lahan posisikan puting anda dari tengah-tengah bibir bawah bayi anda
turun ke dagunya agar memudahkan bayi anda untuk membuka mulut.
4-Apabila bayi anda membuka mulut, dengan cepat membawa bayi anda ke payudara
anda (bukan payudara anda ke bayi anda)Ini bagi memastikan bayi anda dapat
memasukkan aerola kedalam mulutnya.
5-Pastikan hidung bayi anda hampir menyentuh payudara anda (tidak ditekan
dipayudara anda), pastikan anda melihat dan mendengar bayi anda menelan. (Anda
boleh melihat pergerakan rahang dan mendengar bayi anda menelan)
6-Mempunyai sesi penyusuan yang dipantau oleh seseorang yang berpengetahuan
tentang penyusuan susu ibu.
Sunday, April 8, 2012
Soalan lazim penyusuan
Bagaimana saya boleh tahu jika bayi saya melekap dengan betul?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment