"Cepat makan!" ini adalah antara apa yg ibu2 selalu ckp pada anak mereka. Akan tetapi tahukah anda arahan yang pada kita "biasa" ini boleh menjadi punca kepada masalah ketidakhadaman yang berpunca daripada masalah sistem pencernaan. Dibawah ini saya kongsikan artikel dari blog sususejat sebagai panduan kita bersama.
Sistem pencernaan yang efisyen adalah penting untuk kesihatan yang mantap dan baik. Tanpanya, pasti komponen seperti vitamin, mineral, lemak, protein dan karbohidrat tidak dapat diserap dengan baik oleh tubuh badan dan digunakan untuk kemandirian sel tubuh badan.
Usus manusia mempunyai keupayaan yang unik dengan mampu menggantikan dinding-dindingnya sekali untuk setiap 3 hari dan mampu bertindakbalas dengan elemen yang merbahaya kepada tubuh badan (selain dari komponen yang dinyatakan tadi). Walaubagaimanapun, diet yang kaya dengan makanan ringkas seperti yang mudah didapati pada zaman ini cenderung untuk mendatangkan beberapa masalah kepada system penghadaman, dari kes seperti “flatulence” (angin, kentut tak berhenti) sehinggalah kepada masalah lebih serius seperti “diverticulitis” dan “peptic ulcers”.
Ketidakhadaman sering disebabkan oleh memakan sesuatu dalam kuantiti yang besar atau makan makanan yang terlalu berat sebelum masuk tidur. Sekiranya anda mengalami ketidakhadaman terutamanya ketika pada sebelah malam, cubalah mengamalkan budaya membahagikan waktu makan kepada beberapa hidangan untuk sepanjang hari tersebut; dalam erti kata lain, elak dari makan sekali banyak dalam suatu hidangan. Elakkan juga makanan yang berlemak yang mana mampu merangsang lebih banyak rembesan asid ke dalam perut. Terlalu banyak meminum minuman beralkohol juga mampu meningkatkan kadar rembesan asid di dalam perut.
Sindrom “payah nak berak” (constipation), kerap kentut (flatulence) dan nafas berbau sering dikaitkan dengan fermentasi serat di dalam usus oleh bakteria-bakteria, yang mana dipercayai berpunca juga daripada tabiat makanan yang tidak sihat.
Kekerapan diserang rasa sakit di bahagian perut terutamanya selepas memakan sesuatu yang berat dan berlemak mungkin merupakan tanda awal untuk penyakit batu karang hempedu. Kembung perut selepas memakan makanan yang berkenaan adalah disebabkan oleh “distension of the intestine” (udara dari usus kecil ditolak ke atas lalu membuatkan ia terkumpul kembali dalam perut, membuatkan perut mengembung seperti belon), dan ia sering diikuti dengan rasa sakit pada hulu perut (sakit gastrik) atau pada bahagian bawah-kiri abdomen, dan diikuti dengan diarrhea. Ini mungkin merupakan petanda awal seseorang itu mungkin mengidap “Irritable Bowel Syndrome”.
Colitis (Chrohn’s Disease) mengurangkan jumlah nutrien yang diserap ketika proses pencernaan, oleh yang demikian mereka yang menghidapinya dinasihatkan untuk mengambil lebih makanan yang kaya dengan serat larut, manakala makanan yang kaya dengan serat tak larut seperti bran haruslah dielakkan memandangkan ia tidak dicerna habis di usus kecil.
Ulcers, pedih hulu hati (heartburn) dan ketidakhadaman (indigestion) boleh dikurangkan dengan mengambil antacid sebelum makan. Ia berfungsi sebagai ejen peneutral untuk asid perut yang sering berlebihan di kalangan pengidapnya. Walaubagaimanapun, harus ingat bahawa bancuhan antacid seringkali disertakan dengan aluminium hydroxide yang mana kesan jangka masa panjangnya mampu menghalang penyerapan fosforus dan risiko untuk mengidap osteoporosis akan menjadi lebih tinggi di masa akan datang.
Petua pencegahan:
Banyakkan makan buah dan sayur-sayuran (serat larut), manakala pengambilan herba/rempah seperti halia, daun pudina, jintan dan kayu manis dikatakan mampu dalam proses penghadaman dan “buang angin”. Minum air sekurang-kurangnya 1.7 liter sehari untuk memastikan tahi dalam usus besar tidak mengeras sekaligus mengganggu system penghadaman.
Kurangkan mengambil karbohidrat ringkas, makanan bergoreng/berlemak, dan juga alcohol (jika ada).
Selain daripada langkah diatas anda boleh cuba ambil HERB LAX dari Shaklee kerana ia bertindak sebagai "julap lembut" yang tidak akan menyebabkan anda cirit birit. Saya dan suami amalkannya sekali seminggu untuk membersihkan colon saya bersih dari lemak yang terurai sebelum ini.
Jika anda ingin tahu lebih lanjut mengenai HERB LAX ini boleh sms/call saya 0126088399 atau email saya aniszzddin@gmail.com. Saya sedia membantu anda.
Monday, February 20, 2012
pedih ulu hati
Masalah Ketidakhadaman
pedih ulu hati
Labels:
Herb Lax,
Masalah penghadaman,
pedih ulu hati
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment