1) Makan makanan yang terlalu sedikit!
Makan makanan yang terlalu sedikit boleh menyebabkan berat badan anda meningkat! Sarapan pagi adalah pemangkin untuk metabolisma anda, anda perlu makan dalam jumlah yang sikit atau makanan ringkas seperti roti atau biskut 2-3 kali diantara waktu sarapan dan makan tengahari untuk memastikan kadar metabolisma anda kekal tinggi. Sebagai contoh, anda boleh bayangkan metabolisma badan anda seperti api. Jika kita sentiasa menambah ranting2 kecil secara perlahan-lahan api itu akan sentiasa membara dan berpanjangan. Kalau tidak ditambah ranting2 kecil tadi api akan mati. Sama seperti badan kita!Anda tidak boleh makan makanan hanya beberapa kali sehari dan mengharapkan penurunan berat badan, walaupun anda makan makanan yang sihat.
2)Minum minuman bergula
Sama ada ia adalah semua jus semulajadi atau Coca-Cola, minum minuman yang sarat dengan gula tidak akan membantu anda menurunkan berat badan. Ia akan menjadi lebih teruk lagi jika minum minuman ini sebelum tidur kerana gula ringkas akan bertukar kepada lemak. Cuba tukarkan beberapa minuman bergula kepada air. Anda akan kagum dengan penurunan berat badan anda hanya dengan menukar minuman anda.
3)Pengambilan jumlah makanan yang tidak terkawal
Walaupun anda makan secara sihat, pengambilan terlalu banyak makanan pada satu masa jua yang boleh menambah berat badan. Sebahagian daripada masalah ialah saiz pinggan. Apabila anda menggunakan pinggan yang besar terdapat keinginan untuk mengisi penuh pinggan itu. Sebaiknya anda kawal jumlah makanan yang anda ambil. Makan lebih kerap tapi dalam jumlah yang kecil adalah resipi terbaik untuk kejayaan penurunan berat badan!
Ikuti tips ini, makan dengan baik dan melakukan senaman dan anda akan mula melihat perubahan yang serius pada badan anda.
Thursday, February 9, 2012
Tips untuk langsing
3 tabiat yang boleh menyebabkan anda gemuk!
Tips untuk langsing
Labels:
Menghindari kegemukan,
Tips untuk langsing
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment