Tuesday, December 13, 2011

Salah Cara Khasiat Tiada

Cara memasak yang tidak kena caranya akan menyebabkan khasiat yang terkandung dalam makanan hilang. Mari belajar cara menyediakan makanan agar kandungan gizi kekal ketika dimakan.

Karbohidrat

Cara memasak:

1) Beras - perlu ditanak atau dikukus. Beras putih perlu dimasak dengan air yang secukupnya.

2)Kentang - boleh direbus, dibakar atau digoreng akan tetapi pastikan kentang yang digunakan segar.

3)Pasta - Semua jenis pasta hendaklah dimasak mengikut arahan memasak yang tertera pada kotak atau pembungkus supaya ia tidak dimasak terlalu cepat kerana pasta tidak cukup masak atau terlalu lama menyebabkan pasta itu hilang khasiatnya.

Jagung - lebih baik direbus atau dikukus

Info: Diet yang tidak mengandungi karbohidrat boleh menyebabkan kerosakan otot, ketosis dan dehidrasi.

Protein

Cara memasak:

1) Telur - Kitika menggoreng jangan sampai warnanya bertukar coklat. Keadaan ini menunjukkan kandunganzat telur sudah berkurangan. Paling baik telur direbus hingga benar2 masak.

2) Ayam - Cara terbaik untuk memasak ayam ialah dengan mengukus, membakar, memanggang, digoreng sebentar atau dibuat sup. Paling penting jgn lupa untuk membuang kulit ayam sebelum memasak.

3) Daging - Sumber protein jenis ini perlu dimasak dengan sempurna. Namun untuk mengekalkan zat besi yang ada dalam daging jangan masak terlalu lama. Sebaik-baiknya anda boleh membakar atau dibuat sup. Daging tidak elok digoreng kerana ia boleh menambahkan lagi kandungan lemak didalamnya.

Info: Nitrogen yang terkandung didalam beberapa jenis sumber protein merupakan kimia penting untuk tubuh menghasilkan antibodi.

Lemak

1) Minyak goreng daripada minyak kelapa sawit sebaiknya digunakan sedikit sahaja dan proses memasak dilakukan dengan cepat agar lemaknya tidak menyerap masuk kedalam makanan yang digoreng.

2) Minyak zaitun - sangat baik jika dicampurkan dengan salad

3) Mentega - sebaik-baiknya disapu keatas roti atau dijadikan bahan untuk membuat kuih.

Info: Pengambila lemak sepatutnya tidak melebihi 30% jumlah kalori harian.

Vitamin dan Mineral

Terdapat didalam sayur dan buah-buahan.

Cara Memasak Sayur:

1) Tidak ditumis dengan terlalu lama. Pastikan sayur yang dimasak masih kelihatan segar dan batangnya masih keras.

Info: Jika ingin mencelur sayur, lakukannya sebaik sahaja air mendidih tetapi jangan dibiarkan terlalu lama didalam air didihan.

Cara menyediakan buah

1) Sebaik-baiknya dimakan mentah agar khasiatnya berkekalan.

2) Jika dibuat jus, jgn ditapis atau dibuang seratnya.

3) Buah-buahan seperti anggur dan epal lebih baik dimakan bersama kulitnya.

No comments:

Post a Comment