Thursday, December 15, 2011

Bengkak susu!

Bagaimana menangani bengkak susu?? Hari ni saya nak share pulak cara2 menangani bengkak susu. Memang boleh tahan sakitnya B tu bila membengkak. Jadi apa yang harus para ibu lakukan dan peralatan yang patut ade bila berhadapan dengan situasi begini??

1.Sediakan pek ais/tuala kecil + ais/air suam
2.Basahkan tuala dgn air suam dan bersihkan nipple supaya semua lubang yang tertutup tu terbuka agar mudah susu keluar bila urutan dilakukan nanti.
3.Tuam payudara yang bengkak dgn pek ais disekitar payudara yang bengkak tu.
4.Urut breast dari pangkal breast ke arah nipple perlahan-lahan sambil terus tuam breast dgn pek ais untuk kurangkan rasa sakit.Lakukan urutan sampai susu terpancut keluar dari breast.

Ini cara yang diajar oleh doktor masa saya kena bengkak susu dan nipple tersumbat sampai badan menggigil demam selain daripada diberi antibiotik.

Cara mengatasi bengkak susu

1. Sentiasa kososngkan payudara.
2. Bila terasa payudara mulai membengkak lakukan urutan untuk mengeluarkan susu.
3. Selain itu terdapat beberapa suppliment yang boleh membantu menangani bengkak susu (clogged duct / mastitis): B-Complex, Vita C, Licithin (from kellymom.com)

Semoga tips yang saya berikan ni membantu para ibu diluar sana.

No comments:

Post a Comment

Blog Archive

Blog List

SHOUTBOX