Jaundis sinonim dengan bayi yang baru lahir. Ini kerana rata2 bayi yang baru lahir akan ada jaundis yang membezakannya ialah level jaundis itu sendiri. Ada sesetengah bayi hanya 2 minggu pertama namun ada juga yang berlarutan sehingga 4 minggu.Jaundis berlaku apabila pigmen kuning yang dipanggil "bilirubin" berkumpul dalam tisu, terutama kulit, di mana anda boleh melihat ia sebagai warna kekuningan. Anak saya yang sulong tak ade jaundis tapi anak kedua saya kena jaundis ni sampai 6 minggu (prolong jaundice)tapi alhamdullillah bacaannya tak tinggi cuma lama sikit. Adalah penting untuk para ibu mengetahui tahap jaundis anak mereka kerana setiap level berlainan punca, kesan dan rawatan.Banyak petua tentang bagaimana nak mengatasi jaundis ni tapi saya hanya ikut saranan PAED iaitu teruskan menyusu bayi dengan susu ibu. Susukan bayi anda seawal mungkin dan sekerap mungkin kerana kolostrum dari susu ibu itu bertindak sebagai julap agar bayi anda membuang najis seterusnya merendahkan tahap birilubin. Kepada bakal2 ibu jangan panik bila anak anda terkena jaundis kerana susu ibu boleh mengurangkan jaundis itu cuma sekali lagi saya nak ingatkan kenalpasti dulu tahap jaundis anak anda itu supaya mudah untuk merawatnya.
Saturday, February 11, 2012
Tips untuk mama
Jaundis - Rawat dengan susu ibu
Tips untuk mama
Labels:
Istimewa Susu Ibu,
Jaundis,
Parenting tips,
Tips untuk mama
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment