Monday, December 17, 2012

8 SEBAB KEGAGALAN PENYUSUAN SUSU IBU

Saya dah ambil supplement tapi hasil tak seperti yang diharapkan! 

Ini antara keluhan ibu2 yg berusaha untuk menambah susu tapi gagal. Supplemen bukanlah jaminan yg pengeluaran susu anda bertambah jika anda tidak mengamalkan konsep penyusuan yg betul iaitu "SUPPLY vs DEMAND". Ibu2 kena betul2 mendalami ilmu penyusuan dan juga kesilapan2 yg sering dilakukan oleh ibu2 didalam pantang yg membawa kepada kegagalan untuk menyusukan bayi secara eksklusif.

Berikut adalah beberapa kesilapan-kesilapan yang perlu kita ketahui sebagai punca kegagalan untuk menyusukan bayi secara eksklusif :

1. Kurang persediaan & tiada ilmu penyusuan

Walaupun penyusuan susu ibu adalah sesuatu yang semulajadi, namun tanpa ilmu yang mencukupi, kita akan mudah kecundang dan senang putus asa. Oleh itu, saranan saya kepada semua ibu-ibu yang berhasrat untuk menjayakan penyusuan si MANJA anda, carilah info-info tentang penyusuan sebanyak yang mungkin yang blh kita dapati dari blog2 penyusuan seperti:
 atau boleh saja bertanya pada yang pakar seperti
2. Pakar laktasi (klik sini)
2. Memperkenalkan bayi dengan botol terlalu awal
Pengenalan botol kepada si manja bagi tujuan penyusuan sebaik-baiknya dimulakan semasa bayi anda sudah memasuki umur sebulan. Memperkenalkan botol sebagai alternatif penyusuan di peringkat awal kelahiran boleh menyebabkan bayi anda mengalami masalah keliru puting (nipple confusion).
Akibatnya bayi akan lebih gemar menyusu terus dari botol kerana flow yang lebih laju berbanding direct feeding yang memerlukan bayi anda bekerja lebih keras untuk mengeluarkan susu daripada payudara anda. Saya amalkan untuk direct feed bila bersama dgn bayi saya (akibatnya A'isy taknak langsung minum guna botol hihi)

3. Pelekapan yang tidak betul

Bayi yang baru dilahirkan mungkin akan mengalami masalah lekapan. Oleh itu, berilah bayi anda peluang untuk melekap dengan betul dan jangan terlalu cepat mengalah dan putus asa. Kita yang dah dewasa ni kalau baru belajar sesuatu yang baru pun memerlukan masa untuk menjadi mahirkan?
Bersabar dan ajarlah si MANJA anda untuk melekap dengan betul kerana pelekapan yang baik tidak akan mengakibatkan payudara anda merasa sakit ketika menyusukan selain si MANJA dapat mengosongkan payudara anda dengan lebih efisyen.

4. Menyulam susu formula dengan susu ibu

Terdapat segelintir ibu-ibu baru yang kurang yakin dengan kebolehan diri sendiri untuk menghasilkan susu yang mencukupi untuk si MANJA. Nak pula bila ada suara-suara sumbang yang mencelah dengan mengatakan bayi anda kerap menangis sebab tak cukup susu.Walhal kalau diikutkan perut seorang bayi yang baru dilahirkan hanyalah sebesar sebiji guli. Tambahan lagi, beberapa hari selepas kelahiran, badan kita akan menghasilkan kolostrum pada kuantiti yang sedikit. Namun jangan terperdaya ya ibu-ibu sekalian kerana kuantiti yang sedikit inilah yang mengandungi khasiat yang terbaik buat si manja. Selalulah berfikiran positif kerana kolostrum yang sedikit itu sebenarnya lebih daripada mencukupi untuk menampung keperluan bayi anda. Justeru, tiada keperluan untuk menyulam susu formula dengan susu ibu.
Selepas seminggu kelahiran, jika pun hasil susu perahan yang anda perolehi hanyalah sekitar 1-2oz bagi setiap sesi perahan, Ia adalah memadai kerana penghasilan susu adalah berkadaran dengan kekerapan kita mengosongkan payudara. Jadi, lebih kerap kita menyusu atau pump, lebih banyak susu akan dihasilkan.

5. Tidak minum air dengan secukupnya

Saya selalu nasihatkan customers-customers saya untuk patuh kepada pengambilan air yang mencukupi iaitu 2-3 liter sehari. Mengapa air sangat penting? Kerana susu itu sendiri adalah dalam bentuk cecair.
Jika  ibu mengalami masalah dehidrasi serta tidak mendapat air yang secukupnya, bagaimana badan nak hasilkan susu? Mitos tentang larangan pengambilan air yang banyak di dalam pantang tidak bpleh diguna pakai. Tidak terdapat bukti yang kukuh pun yang mengatakan orang di dalam pantang tak boleh minum air dengan banyak. Cumanya cara anda minum itu perlulah betul untuk mengelakkan kembung perut dan meningkatkan keperluan anda untuk ke tandas dengan kerap.

Saranan saya, minumlah dengan kerap tetapi pada kuantiti yang sedikit. Jadi, air yang diminum tersebut sempat untuk diserap ke dalam badan dan tidak terus dikeluarkan melalui air kencing.

6. Tidak mengepam dengan konsisten

Dua minggu pertama selepas kelahiran seharusnya digunakan untuk mengajar si MANJA anda cara pelekapan dan penyusuan terus dari payudara. Selepas tempoh dua minggu ini tamat, anda bolehlah mula mengatur jadual pengepaman bagi tujuan meningkatkan hasil susu perahan serta mengumpul stok khususnya bagi ibu-ibu yang bekerja.
 Untuk mendapat hasil yang baik, anda perlulah mengepam dengan konsisten setiap 3 jam sekali. Dalam konteks ini, istilah malas perlu ditolak ke tepi. Memberi pelbagai alasan hanya akan menjauhkan anda daripada kejayaan.
Sementara itu, sekiranya bayi anda lebih gemar menyusu terus dari payudara manakala anda ingin mengumpul stok, anda masih boleh mengamalkan tandem pumping iaitu mengepam sambil menyusukan. Melalui cara ini, bukan saja susu akan bertambah banyak malah stok susu yang terkumpul juga akan meningkat.

7. Tidak mengamalkan pemakanan yang seimbang

Ibu-ibu yang baru sahaja melahirkan memerlukan makanan yang berkhasiat, ia sesuai dengan jumlah darah dan tenaga yang dikerah semasa bersalin. Oleh itu, ibu-ibu hendaklah menjaga makan, mengikut orang2 lama mempunyai pantang yang pelbagai itu xboleh makan, ini x boleh makan..tapi jika kita bertanya terus kepada pakar,mengesyorkan untuk kita makan makanan berkhasiat seperti yg disarankan didalam piramid makanan.

Sudahlah dengan tak cukup tidur dan rehat kerana terpaksa bangun menyusukan anak beberapa kali di tengah malam, akhirnya badan pasti akan kelesuan dan mudah letih. Secara tidak langsung, kita akan didorong untuk mengambil jalan mudah iaitu memberi si MANJA susu formula dan meminta suami untuk bangun memberi susu kepada anak, betul tak?
Selain melalui pemakanan yang sihat,pengambilan supplement dapat membantu. Pilihan saya, sudah tentu Set Penyusuan Eu Four Pack yang terdiri daripada Vitalea, B Complex. Vitamin C dan Ostematrix serta ESP dari Shaklee. Di samping membantu mengembalikan kecergasan badan, ianya juga dapat merangsang penghasilan susu dengan lebih mudah dan lancar. Supplemen seperti B-Complex pula membantu saya menangani stress yg menjadi punca susu merudum kerana emosi ibu mempengarusi pengeluaran susu. 

8. Terlalu cepat putus asa

Ibu-ibu jangan terlalu cepat putus asa semasa menyusu, badan kita memerlukan masa untuk menghasilkan susu. Saya nasihatkan ibu-ibu semua agar meneruskan sesi penyusuan walaupun susu yg terhasil sedikit kerana kekerapan bayi menyusu akan merangsang pengeluaran susu. Semakin lama bayi menyusu semakin banyaklah susu dapat dihasilkan sebenarnya, sebab rangsangan daripada bayi anda adalah semulajadi jika berbanding dengan pam.
Semoga entry ini membantu ibu2 yg ingin menyusukan anak secara eksklusif. Saya kongsikan hasil ibu2 yg mengamalkan SET PENYUSUAN SHAKLEE. Semoga dapat memberi inspirasi kepada anda semua ibu-ibu di luar sana .



Banyak lagi testimoni dari mereka2 yg berjaya mengumpul stok susu untuk simanja mereka. InsyaAllah dengan usaha dan tawakal kepada Allah, perjalanan penyusuan anda akan menjadi kenangan yg indah.

Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, sila hubungi sayaaniszzddin@gmail.com | SMS/WhatsApp 012-6088399 | add saya di FBanisvitashop untuk konsultasi percuma & LIKE fanpage anisvitashop untuk tips kesihatan/kecantikan. 

*Penafian:   Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.


Salam Ceria,

Aniszzddin

No comments:

Post a Comment