Vitamin c terkenal sebagai vitamin untuk kecantikan kulit, tapi sebenarnya vitamin c mempunyai banyak fungsi untuk tubuh badan kita, sebab itu penting untuk kita pastikan tubuh badan kita mendapat cukup vitamin c bermula dari zaman kanak2 lagi.
Apa itu Vitamin C?
Vitamin C adalah sejenis vitamin yang sangat
diperlukan oleh badan. Ianya juga turut dikenali dengan nama Asid
Askorbik. Di kalangan kanak-kanak yang berusia antara 1 hingga 6 tahun,
mereka memerlukan sekurang-kurangnya sebanyak 30 mg vitamin C dalam
sehari. Manakala kanak-kanak yang berusia antara 7-9 tahun pula
memerlukan sebanyak 35 mg sehari.
Vitamin C amat penting dalam pembentukan tulang.
Hal ini kerana, vitamin C dapat membantu tubuh dalam pembentukan
kolagen. Kolagen membantu di dalam memastikan tulang, otot, gigi serta
kulit berada di dalam keadaan sihat serta kuat. Selain itu, vitamin C
juga dapat membantu dalam penyerapan zat besi di dalam badan (zat besi
amat penting dalam pembentukan hemoglobin darah merah).
Di dalam buku bertajuk “User’s Guide to Vitamin C”
turut menyatakan kepentingan vitamin C kepada sistem kardiovaskular
manusia. Selain itu, penulis buku tersebut Hyla Cass dan Jim English
turut menyatakan bahawa vitamin C turut memberikan manfaat kepada hati.
Selain memastikan tekanan darah berada di dalam keadaan normal, vitamin
C juga membantu dalam merendahkan tahap kolesterol di dalam badan. Oleh
kerana sifatnya yang larut dalam air, vitamin C turut dapat
menyingkirkan kolesterol yang melekat pada dinding-dinding arteri.
Tahukah anda
Vitamin C juga dikenali sebagai sumber anti
oksida yang penting. Ini kerana antioksida dapat membantu dalam
melindungi sel dan tisu di dalam badan termasuklah sel-sel di otak serta
mata. Dengan pencemaran global yang berlaku di dunia ini, maka amat
penting sekali pengambilan vitamin C di ambil oleh setiap lapisan
masyarakat. Ini adalah wajar, demi mengelakkan diri dari risiko penyakit
yang berbahaya.
Sumber vitamin C
Demi memastikan anak anda mendapat sumber Vitamin C
yang mencukupi, maka anda perlu memastikan mereka menikmati pelbagai
jenis makanan yang kaya dengan vitamin C. Sebagai contoh, buah-buahan
segar seperti lemon dan limau. Selain itu, mereka juga boleh menikmati
sayur-sayuran seperti kubis dan tomato. Sungguhpun begitu, vitamin C adalah sejenis
vitamin yang larut di dalam air. Adalah di galakkan untuk menikmati
makanan seperti buah-buahan yang tidak mengalami proses memasak. Hal ini
kerana, di khuatiri vitamin C tersebut akan larut di dalam air tanpa
sempat kita menikmatinya. Oleh sebab itu saya memberi anak saya supplement vitamin C sebagai langkah untuk memastikan mereka mendapat cukup vitamin C. Vitamin c pilihan saya untuk anak saya ialah Chewable Vita C Plus, kini dengan wajah baru dan formula yang diperkasa dgn Citrus Bioflavonoids Complex!
Kekurangan vitamin C
Tanpa kita sedari, kekurangan pengambilan makanan
yang mengandungi vitamin C akan dapat mengundang risiko yang berbahaya
kepada kita. Sebagai contoh, pernahkah kita sedari bahawa secara
tiba-tiba kita menghadapi keadaan gusi berdarah? Atau pernahkah kita
terfikir mengapa kesan luka yang kita alami mengambil masa yang lama
untuk pulih?
Perkara-perkara seperti di atas sebenarnya
menunjukkan ciri-ciri seseorang yang mengalami kekurangan vitamin C di
dalam badan. Untuk itu, amat penting sekali bagi kita memastikan agar
jumlah vitamin C di dalam badan mencukupi demi penjagaan kesihatan kita
seharian. Jika di lihat pada pasaraya-pasaraya berdekatan turut
menawarkan pelbagai jenis makanan tambahan sama ada dalam bentuk pil
mahupun cecair yang mengandungi vitamin C. Sebelum anda membuat
kuputusan untuk menggunakan sebarang produk kesihatan, maka anda
seharusnya mendapatkan nasihat dari doktor terlebih dahulu demi
memastikan produk yang ingin anda ambil adalah bersesuaian dengan faktor
kesihatan anak anda mahupun diri anda sendiri.
Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, sila hubungi sayaaniszzddin@gmail.com | SMS/WhatsApp 012-6088399 | add saya di FBanisvitashop untuk konsultasi percuma & LIKE fanpage anisvitashop untuk tips kesihatan/kecantikan.
*Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.
Salam Ceria,
Aniszzddin
No comments:
Post a Comment