Perhatian kepada ibu2 atau bakal2 ibu atau teman2 wanita saya diluar sana yg sedang berusaha untuk menimang cahaya mata. Patikan anda mendapat cukup nutrisi samada semasa hamil atau sedang merancang untuk hamil. Ini kerana kegagalan kita mendapatkan nutrisi yang lengkap mungkin boleh mendatangkan risiko kepada bayi kita sebagai contoh kekurangan asid folik boleh mengundang kepada kecacatan tiub saraf (spina bifida). Kecacatan ini berlaku kepada bayi yang baru lahir bahkan ketika berada didalam kandungan lagi.
Spina Bifida berlaku apabila saraf tunjang tidak dapat ditutup
sepenuhnya semasa proses tumbesaran di dalam rahim ibu. Jika tempat yang
terbuka itu terlalu besar, ia boleh menyebabkan sebahagian daripada
saraf tunjang bayi terkeluar dari lubang tersebut dan cecair tulang
belakang (Spinal Fluid) pula berkumpul.
Kanak-kanak yang mengalami kecacatan ini akan menghadapi kesukaran
untuk mengawal pundi kencing (poor bladder control), lumpuh separuh atau
sepenuhnya, masalah penghadaman, alergik dan banyak lagi.
Proses pembentukan Spina Bifida ini berlaku semasa awal minggu
kehamilan. Waktu itu, para ibu mengandung kemungkinan belum tahu yang
mereka sedang mengandung. Sekiranya ibu mengandung tersebut kekurangan
asid folik dalam badan, bayi dalam kandungan berisiko tinggi mendapat
Spina Bifida. Pengambilan asid folik pada minggu ke 13 ke atas sudah
tidak berguna lagi kerana waktu itu pembentukan tiub saraf sudah
lengkap.
Oleh itu, para ibu disyorkan untuk memakan makanan yang kaya dengan
asid folik 3 bulan sebelum kehamilan dan terus mengambilnya kepada 12
minggu pertama kehamilan. Terutamanya wanita yang hendak berkahwin,
makanlah makanan yang kaya dengan asid folik sebelum kehamilan pertama.
Mengapa? Sekiranya anak pertama mempunyai Spina Bifida, risiko kepada
kehamilan seterusnya untuk mendapat kecacatan tersebut sangat tinggi!
Percaya atau tidak, kecacatan genetik ini berisiko tinggi kepada bayi yang mempunyai ibu mengandung yang tidak suka makan sayur!
Risiko Spina Bifida boleh dihindari jika kita banyak memakan makanan
yang mengandungi ASID FOLIK (Folic Acid). 400 mikrogram Asid Folik
setiap hari sudah mampu untuk menghindari risiko kecacatan ini kepada
kandungan.
Jika anda seorang yang memang sukar hendak makan sayur anda perlu ambil supplement/vitamin tambahan yang boleh membekalkan asid folik.
Shaklee Vitalea (multivitamin) dan Shaklee B Complex mengandungi 200mcg asid folik setiap kapsul. Oleh sebab itu vitalea dan b complex ni terdapat dlam SET KEHAMILAN Shaklee ( rangkaina vitamin yang khusus untuk ibu2 hamil dan juga yang merancang untuk hamil)
Jika
diperhatikan apa yang terdapat dalam SET VITAMIN IBU MENGANDUNG ini
adalah sama dengan apa yg tertulis didalam jadual diatas. Jadi tak
keterlaluan jika saya katakan SET VITAMIN IBU MENGANDUNG ini adalah
pilihan terbaik untuk anda!
Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, sila hubungi sayaaniszzddin@gmail.com | SMS/WhatsApp 012-6088399 | add saya di FBanisvitashop untuk konsultasi percuma & LIKE fanpage anisvitashop untuk tips kesihatan/kecantikan.
*Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.
Salam Ceria,
Aniszzddin
No comments:
Post a Comment