Alhamdulillah bertemu lagi dengan bulan mulia bulan Ramadhan tahun ini. Semoga ramadhan kali ini memberikan lebih banyak kebaikan dan kejayaan untuk kita semua. Hari ini hari pertama berpuasa, saya nak share tentang diet dan pemakanan serta jadual pengambilan vitamin ketika berpuasa. Semoga dapat membantu anda menjalani ibadah puasa dengan lancar.
Tips Pemakanan ketika bersahur
Saya nak kongsi sedikit info mengenai tip-tips pemakanan ketika bersahur yang boleh membantu anda melalui hari berpuasa dengan lebih baik :
- Elakkan minuman berkafein - minuman seperti teh dan kopi boleh menyebabkan anda kerap kencing dan menyebabkan kehilangan garam dan air yang diperlukan dengan lebih cepat
- Kurangkan gula/ makanan @ minuman manis - jika berlebihan boleh menyebabkan rasa haus dan tidak selesa pada perut
- Kurangkan garam - kandungan garam dalam darah menyebabkan anda cepat berasa haus
- Kurangkan makanan pedas dan berminyak yang boleh menyebabkan perut tidak selesa
- Lebihkan serat seperti sayuran dan buahan bagi mengelakkan sembelit
- Ambil protein seperti daging merah dan minyak ikan kerana ia mengambil masa untuk hadam, memberi rasa kenyang lebih lama
- Ambil karbohidrat kompleks seperti kurma, badam, oat, barli, pasta, gandum penuh, kacang soya, kentang, brokoli, kubis yang boleh membekalkan tenaga lebih lama dalam tubuh anda
Tips pemakanan ketika berbuka puasa
Berbuka puasa waktu paling menggembirakan bagi orang berpuasa. Masa ni nafsu makan membuak-buak. Lebih-lebih lagi dengan deretan juadah yang berbagai dan menggoda. Ingat, jangan ikut hati. Berpada-pada bila makan. Berikut tips pemakanan ketika berbuka puasa :
- Mulakan dengan kurma/ tamar - amalan ini merupakan sunnah yang telah terbukti secara saintifik membantu memberi tenaga segera selepas seharian berpuasa disebabkan kandungan gula, serat dan vitamin yang tinggi dalam kurma
- Minum segelas jus buah-buahan segar sebelum makan lebih berat bagi mengelakkan rasa tidak selesa pada perut
- Tidak perlu makan berlebihan, berhenti sebelum kenyang bagi mengelakkan rasa mengantuk dan malas bagi meneruskan ibadah seperti solat terawikh. Pastikan hidangan anda seimbang dengan keperluan tubuh.
- Minum air masak 2 hingga 3 liter di antara waktu berbuka dan sahur
- Kudap sedikit makanan pada waktu minum malam (supper)
- Minum susu atau minuman protein sebelum tidur bagi mendapatkan tidur yang lebih lena
Dan seperti tahun lepas saya mengamalkan pengambilan vitamin/supplement ketika berpuasa macam biasa kerana selain daripada bekerja sepenuh masa saya juga bf mum yang perlu memastikan keperluan nutrisi dipenuhi untuk kekal cergas dan bertenaga walaupun berpuasa. Saya mengamalkan vitamin2 asas seperti:-
- Multivitamin dengan zat besi : membekalkan vitamin dan mineral yang diperlukan badan
- B Complex : membantu proses metabolisma makanan kepada tenaga
- Vitamin C : membantu meningkatkan imuniti
- Omega 3 dari minyak ikan : lemak baik yang membantu ketika berpuasa kerana memberikan rasa kenyang
- Kalsium-Magnesium : membantu kesihatan saraf dan tulang & mendapat tidur lebih lena
MEAL SHAKES :
- Mengandungi protien + multivitamin yang lengkap
- Membantu untuk penghasilan sel baru yang sihat
- Baik untuk perkembangan otak
- Meningkatkan sistem imun tubuh
- Mengandungi fiber yang boleh membantu masalah sembelit akibat kurang makan sayur dan buah
- Rasa sedap - sesuai untuk sekeluarga
- Snek yang mengenyangkan bagi menggantikan snek tidak sihat
ENERGISING SOY PROTEIN :
- Membekalkan tenaga
- Memberikan rasa kenyang lebih lama
- Diperlukan untuk kuku, rambut dan kulit yang sihat
- Membantu sistem pertahanan tubuh untuk melawan penyakit
- Membantu melancarkan penghasilan susu badan
- Memperbaiki dan membina tisu badan
- Membantu menganjalkan kulit
PERFORMANCE :
- Minuman isotonik yang kurang gula (less sugar).
- Lebih mudah diserap oleh tubuh
- Membantu mengurangkan rasa penat
- Membantu menaikkan paras gula dalam darah dengan segera apabila diperlukan
- Mengekalkan tenaga dan stamina
- Mengalirkan elektrolit ke seleruh badan (termasuk kalsium, natrium & magnesium)
- Membantu mengurangkan rasa haus
BERSAHUR
1. Set Triple GEM
2. Vita-Lea
3. Vitamin C
4. B-Complex
2. Vita-Lea
3. Vitamin C
4. B-Complex
BERBUKA
1. Set Triple GEM
2. Omega Guard
SELEPAS TARAWIH ? SEBELUM TIDUR
2. GLA
Nota:
1-Pastikan badan anda mendapat bekalan air sekurang-kurangnya 1.5 liter sepanjang berpuasa. Untuk tips minum air, anda boleh minum sekurang2nya 8 gelas aie selepas berbuka atau segelas setiapkali selepas ke tandas.
2-Jika anda mengambil vitamin2 selain drp yg tersenarai dibawah, jadual pengambilan ditukar seperti berikut:
Vitamin yg diambil selepas sarapan ---> diambil selepas bersahur
Vitamin yg diambil selepas lunch ---> diambil selepas berbuka
Vitamin yg diambil selepas makan malam ---> diambil selepas moreh
Sekian saja perkongsian saya, selamat menjalani ibadah puasa dari ANISVITASHOP. Semoga hiup kita berada dalam lindunganNya!
Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, sila hubungi saya dianiszzddin@gmail.com | SMS/WhatsApp 012-6088399 | add saya di FBanisvitashop untuk konsultasi percuma & LIKE fanpage anisvitashopuntuk tips kesihatan/kecantikan.
*Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.
Salam Ceria,
Aniszzddin
No comments:
Post a Comment