VIVIX kini menjadi perhatian pengguna kerana kebaikan kandungannya selain daripada menjadi jawapan kepada awet muda. Vivix sudah tidak asing lagi kerana kebaikannya sering diperkatakan melalui ruangan kesihatan dan kecantikan akhbar2 dan majalah2 tempatan seperti harian metro, kosmo, aniqah dan rapi.
Saya kongsikan tentang vivix disini kerana bulan September ni anda boleh dapatkan vivix untuk yang tersayang atau diri sendiri dengan harga promosi.
Berikut petikan dari berita harian. Untuk artikel dari kosmo boleh baca kat sini
Petikan dari Harian Metro: 22 Januari 2010 - Bantu Lambat Penuaan Wajah
Saya kongsikan tentang vivix disini kerana bulan September ni anda boleh dapatkan vivix untuk yang tersayang atau diri sendiri dengan harga promosi.
Berikut petikan dari berita harian. Untuk artikel dari kosmo boleh baca kat sini
Petikan dari Harian Metro: 22 Januari 2010 - Bantu Lambat Penuaan Wajah
Oleh Siti Zarinah Sahib
sitizarinah@hmetro.com.my
RAMAI
wanita bimbang dengan proses penuaan yang berlaku pada wajah. Namun
penuaan adalah proses semula jadi yang tidak dapat dielakkan.
Penuaan membabitkan kemerosotan fungsi organ dan sel dalam sistem tubuh yang berlaku secara berperingkat ketika usia meningkat. Proses itu menyebabkan berlaku perubahan fizikal dan fisiologi yang tentunya menakutkan wanita. Namun proses berkenaan berbeza antara individu, bergantung kepada genetik, diet, gaya hidup dan persekitaran.
Perubahan fizikal disebabkan proses
penuaan ini termasuk rambut menipis dan mula beruban, kulit menipis dan
kurang anjal serta muncul garis halus. Tenaga semakin berkurangan malah
lemak mula terkumpul sehingga menyukarkan seseorang mendapatkan berat
badan yang ideal. Malah proses penuaan juga akan menyebabkan muncul
pelbagai penyakit termasuk kemerosotan sistem daya tahan melawan
penyakit, kerapuhan tulang serta kurang daya penglihatan.
Anggur muskat yang juga dikenali sebagai
anggur nombor satu di Amerika menimbulkan kekecohan di kalangan
masyarakat kerana kebaikannya yang boleh membuatkan kulit bertambah muda
serta memberi kesihatan berpanjangan.
Anggur muskat dan bijinya adalah satu
daripada sumber terbaik antioksidan dan mempunyai ciri antiradang. Ini
kerana sebatian phenolik tertumpu pada bahagian biji. Jika dibandingkan
anggur lain, ia mempunyai 40 kali ganda lebih polifenol yang terdapat
dalam arak merah yang terbukti berfaedah bagi kesihatan kardiovaskular,
menurunkan tahap gula dalam darah selain melambatkan proses penuaan.
Selain anggur muskat, tumbuh-tumbuhan lain
yang baik untuk kesihatan serta agen penuaan ialah elderberi. Ia adalah
tumbuhan lasak tanah lembap di sepanjang tepi jalan dan sungai hanya di
Eropah dan Amerika Utara. Elderberi sudah digunakan sekian lama dalam
perubatan tradisional bagi mengubati asma, sembelit, artritis dan
selesema. Tumbuhan ini adalah antioksidan yang kuat dan melindungi sel
daripada kerosakan disebabkan toksin alam sekitar, diet tidak seimbang
serta tekanan.
Polygonum cuspidatum sejenis pokok saka
terbesar di Asia adalah sumber semula jadi resveratrol sama seperti yang
terdapat pada kulit anggur merah dan biji anggur merah. Tumbuhan ini
mempunyai banyak faedah kesihatan dan sering terdapat dalam produk
antipenuaan. Ini kerana kandungan resveratrol membantu memperlahankan
proses penuaan, merendahkan kolesterol, merendahkan tekanan darah dan
mengurangkan lebihan lemak yang tidak diperlukan tubuh.
Akhir sekali lobak ungu adalah sumber
vitamin A terbaik, mengandungi fitokimia yang mengandungi antioksidan,
antibakteria, antiradang penyakit serta mengurangkan risiko penyakit
jantung. Jenama produk kesihatan terkenal Shaklee memperkenalkan minuman
kesihatan Vivix Botanical Beverage Mix yang menghimpunkan semua
kebaikan tumbuhan berkenaan.
Malah ia adalah produk terlaris dengan
jualan sejuta botol sejak tahun pertama diperkenalkan di Amerika
Syarikat (AS) dan Kanada. Menurut Ketua Pegawai Saintis Shaklee
Corporation Amerika Syarikat, Dr Carsten R Smidt, Vivix adalah kuasa
baru menghalang proses penuaan wajah.
Kandungan anggur muskat, elderberi, lobak ungu dan polygonum cuspidatum terbukti membantu untuk melawan penyakit serta melambatkan proses penuaan. "Kajian yang dijalankan membuktikan kandungan dalam tumbuh-tumbuhan terutama anggur muskat memberi tindak balas melawan agen penuaan.
"Terdapat empat mekanisma yang membuktikan kebaikan Vivix iaitu ia mengandungi resveratrol yang kebaikannya sama dengan 3,000 gelas arak merah. Vivix juga terbukti 10 kali lebih bertenaga daripada resveratrol, tidak mengandungi alkohol dan menggunakan bahan semula jadi, tanpa pewarna tiruan serta perasa tambahan.
Vivix mendapat sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)," katanya. Menurut Carsten, Vivix berfungsi untuk melindungi dan memperbaiki sel DNA serta memberi kesan positif kepada genetik sekali gus mengurangkan sel penuaan. Katanya, Vivix kini menjadi perhatian pengguna di seluruh dunia disebabkan kebaikan kandungan selain melawan pelbagai jenis penyakit.
Ia adalah sejenis cecair pekat berwarna
merah yang terhasil daripada kandungan anggur muskat dan tumbuh-tumbuhan
lain. Dengan hanya minum sesudu sehari, pengguna akan merasai
perbezaannya. Minuman yang sesuai untuk lelaki dan wanita berusia 18
tahun ke atas itu juga boleh dijadikan masker pada wajah iaitu caranya
dengan menyapu dan biarkan beberapa minit untuk dilihat hasilnya.
Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, sila hubungi saya aniszzddin@gmail.com | SMS/WhatsApp 012-6088399 | add saya di FBanisvitashop untuk konsultasi percuma & LIKE fanpage anisvitashop untuk tips kesihatan/kecantikan.
*Penafian: Segala
testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan
bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua
penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat
nasihat dari pakar perubatan.
Salam Ceria,
Aniszzddin
No comments:
Post a Comment