Thursday, September 6, 2012

Berapa nilai kesihatan keluarga anda???

Kita biasa dengar peribahasa " KESIHATAN IALAH KEKAYAAN YG SEBENAR" tapi berapa ramai yang serius dalam memastikan tahap kesihatan diri dan keluarga berada pada tahap yang optimum. Dulu saya sendiri macam tu, ilmu tentang kesihatan ni kelaut, janji tak sakit dah rasa diri sihat. Tapi kita lupa yang mencegah tu lebih baik dari mengubati. Sekarang saya sedar yang mencegah tu jauh lebih mudah dari mengubati. Kalau sebelum ni saya dan suami beli insurance untuk kami sekeluarga tetapi sekarang saya upgrade lagi dengan mengamalkan pemakanan sihat serta pengambilan supplement agar kesihatan kami terjamin. Saya tak kata dengan mengambil supplement anda takkan sakit, no no no itu salah sakit itu dari Allah dan dengan sakit itulah Allah beri hikmah. Tapi kita boleh elakkan diri dari selalu sakit atau terkena sakit yang merbahaya seperti kanser, sakit jantung atau kencing manis yang memerlukan kos rawatan yang mahal, jauh lebih mahal. Rasullah sendiri mengamalkan pemakanan yang sihat serta beberapa makanan seperti kurma dan madu yang memang baik untuk kesihatan. Jadi tak salah kita mengambil supplement bagi memenuhi apa2 kekosongan nutrien yang diperlukan oleh badan. Saya amalkan multivitamin, b-complex serta vitamin C selain beberapa vitamin lain. Tapi yang 3 ni mmg wajib. Sebenarnya jika anda mempunyai kekangan kewangan anda hanya ambil 3 jenis vitamin ini sahaja sudah memadai. Harganya???? Jika dikira dengan teliti mmg snagat murah untuk sesuatu yang sangat penting iaitu KESIHATAN. Tak percaya??? Harga ketiga2 vitamin itu cuma sekitar RM 1.50 untuk kegunaan sehari dan hanya RM 45 sebulan. Murah kan??? Saya yakin ramai yang mampu. Kenapa saya sarankan 3 jenis vitamin diatas??? 

Vita-Lea (multivitamin)- Dilengkapi dengan 12 vitamin, 7 galian dan zat besi. Zat besi sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. Walaubagaimanapun multivitamin beserta formula zat besi ini tidak disarankan diambil dengan minuman dan produk berunsurkan tenusu kerana ianya akan mengurangkan efisiensi penyerapan zat besi oleh badan.

B-Complex - Sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein, anti stress (sebagai penenang), membantu meninggikan sistem pertahanan badan, menukarkan makanan(glukos) kepada tenaga dan membantu ibu2 berfikiran positif sentiasa (mood baik..) Vitamin B juga dapat melahirkan wajah ibu yang cantik berseri dan tidak kusam.


Buat pengetahuan semua, Vitamin B-Complex Shaklee terdiri daripada 8 kumpulan vitamin B. Apa dia 8 B tersebut dan contoh sumbernya ?


B1 : Thiamin - hati, buncis, , asparagus, salad, paprika dan bijirin.

B2 : Riboflavin - hati, yis, susu telur, brokoli dan bijirin yang tidak dikisar.
B3 : Niacin - tuna, salmon, ayam, asparagus dan zucchini.
B5 : Panthothenic acid - biji bunga matahari, brokoli, cendawan, tomato dan strawberi.
B6 : Pyridoxine - hati, daging, ikan, telur dan keju.
B7 : Biotin - selada, kubis, tomato dan telur.
B9 : Folic Acid - bayam, kekacang, jus oren dan sayuran berdaun hijau.
B12 : Cyanocobalamin - hati, daging, ikan, telur, keju dan ayam.

Vitamin C - Sangat penting untuk menjaga salur darah, sebagai antioksidan dan membantu meningkatkan antibodi ibu. Kulit makin bersih, cerah & cantik. Vitamin C membantu pembentukan kolagen dengan lebih baik.


Jadi dengan hanya mengamalkan 3 jenis vitamin ini anda sudah memenuhi keperluan nutrisi badan anda walaupun anda bukan penggemar sayur atau apa jua makanan yang menjadi sumber kepada vitamin2 yang diperlukan oleh badan. Mudahkan???? Memang mudah. Sekarang anda hanya perlu pilih untuk mencegah atau mengubati? 

Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, sila hubungi saya aniszzddin@gmail.com | SMS/WhatsApp 012-6088399 | add saya di FBanisvitashop untuk konsultasi percuma & LIKE fanpage anisvitashop untuk tips kesihatan/kecantikan.

*Penafian:   Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan. 
 
Salam Ceria,
Aniszzddin

No comments:

Post a Comment