Vitamin C
Kehamilan adalah saat manis untuk pasangan Suami isteri. Sepanjang
tempoh kehamilan, diet sihat dan seimbang adalah sangat penting kerana
isteri kini membawa satu roh, seorang manusia yang akan dilahirkan.
Semua makanan yang IBU makan akan menjadi makanannya juga. Dan nutrisi
yang IBU simpan sebelum kehamilan adalah penting untuk perkembangan awal
sewaktu organ utama terbentuk.
Antara zat yang penting ialah:
asid
folik, salah satu unsur dari kumpulan vitamin B yang membantu
mengelakkan kecacatan saraf tunjang. Wanita hamil perlu mengambil
sekurang-kurangnya 400mcg asid folik serial hari.
zat
besi, zat besi penting bagi membantu pembentukan sel-sel darah merah.
Seorang ibu hamil mengepam lebih banyak darah keseluruh badan. Kandungan
darah ibu lebih 50% dari biasa. Kekurangan sel darah merah menyebabakan
anemia dan sangat bahaya kepada kandungan dan diri ibu sendiri.
Vitamin
C, sangat penting untuk bantu penyerapan zat besi. Walaupun ibu sudah
mengambil zat besi tapi tanpa vitamin c ibu tetap berpotensi untuk
mendapat anaemia.
kalsium,
ibu hamil perlukan kalsium tambahan bagi menyokong pembentukan gigi dan
tulang bayi. Selain itu kalsium dapat mengurangkan gejala kebas atau
kekejangan pada ibu sepanjang tempoh kehamilan. Berdasarkan kajian
tekanan darah tinggi, kalsium membantu mengurangkan kecenderungan ibu
mendapat penyakit darah tinggi sewaktu hamil.
Sekian tips #darimakyonguntukmakyong hari ini.
Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, sila hubungi sayaaniszzddin@gmail.com | SMS/WhatsApp 012-6088399 | add saya di FBanisvitashop untuk konsultasi percuma & LIKE fanpage anisvitashop untuk tips kesihatan/kecantikan.
*Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang
dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah,
mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami
masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.
Salam ceria,
aniszzddin
No comments:
Post a Comment