Friday, November 30, 2012

Vitamin Yang penting untuk Otak

Sebagian besar orang mengalami masalah "selalu lupa" dan situasi ini diaggap hal-hal yang biasa saja dan normal untuk kita. Namun hakikatnya ia ada kena mengena dengan kelemahan fungsi otak. Oleh sebab itu , otak memerlukan vitamin (makanan) agar ia boleh menjalankan fungsi normalnya untuk mengingat dan peka kepada sesuatu perkara agar seterusnya mengawal fungsi anggota badan yang lain.




Berikut ialah beberapa jenis vitamin yang penting untuk merangsang otak, sehingga mampu meningkatkan memori atau ingatan:

Vitamin D
Orang tua lebih berisiko menderita kekurangan vitamin D dan ini mempengaruhi fungsi kognitif dan kesihatan mental. Hypovitaminosis D, yang disebabkan kekurangan vitamin D, banyak terjadi pada mereka yang berusia lanjut. Satu kajian yang diterbitkan dalam "American Journal of Geriatric Psychiatry" melibatkan 80 relawan dan 40 di antaranya mengalami Alzheimer. Hasil kajian menunjukkan, akibat kekurangan vitamin D, terbukti ada hubungannya dengan gangguan pada prestasi kognitif.

Vitamin B
Vitamin B meningkatkan memori dengan menciptakan perisai pelindung bagi neuron di otak. Vitamin B juga sangat penting untuk memori termasuk B6, B12, dan folat.

Magnesium
Terdapat kajian terhadap terhadap mereka yang kurang fokus, bahawa mereka mengalami kurang magnesium.

Kolina dan Tiamin
Kolin merupakan salah satu nutrisi penting yang termasuk dalam kategori vitamin. Tubuh manusia mensintesis beberapa kolin. Sangat penting untuk pembentukan neurotransmitter yang disebut asetilkolin. Kolin mampu mencegah hilangnya memori dan meningkatkan fungsi otak. Kolina mempengaruhi daya ingatan kerana ia meningkatkan acetylcholine, transmitter otak yang menghantar pesanan dari satu saraf  ke saraf  yang lain.

DHA

Kajian menunjukkan DHA mengantifkan bahagian otak dipanggil dorsolateral prefrontal cortex, yang meningkatkan fokus dan memori.

Antioksidan
Beberapa vitamin menunjukkan sifat anti-oksidasi yang sangat baik dan mereka memiliki kemampuan untuk melindungi otak dari radikal bebas berbahaya. Seperti misalnya vitamin C, E dan beta karoten (vitamin A) yang kandungannya mempunyai fungsi antioksida. Antioksidan dan memori saling berhubungan kerana radikal bebas dapat mengganggu fungsi neuron otak.  Seperti vitamin B,  antioksidan juga memberikan perlindungan kepada struktur otak dari ancaman kerosakan, disebabkan oleh radikal bebas, yang dapat menyebabkan kehilangan memori dari semasa ke semasa.

Resveratrol

Kajian sejak 2o tahun lalu menunjukkan resveratrol amat penting dalam menjaga otak dan sel badan dari kesan penuaan dan kerosakan selular.



Dengan mengambil semua jenis vitamin diatas kita dapat mengatasi masalah hilangnya memori ,vitamin tersebut akan bekerja untuk meningkatkan memori kita, apabila disertakan dengan gaya hidup sihat seperti contohya bersenam, diet yang seimbang serta rehat yang cukup. 

Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, sila hubungi sayaaniszzddin@gmail.com | SMS/WhatsApp 012-6088399 | add saya di FBanisvitashop untuk konsultasi percuma & LIKE fanpage anisvitashop untuk tips kesihatan/kecantikan.

*Penafian:   Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

Salam Ceria,
Aniszzddin



No comments:

Post a Comment