1) Madu - Madu adalah makanan yang sangat
berkhasiat. Al-Quran mengiktiraf ia ‘shifa’ iaitu penyembuh penyakit.
Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit dan boleh menghindarkan
kepenatan kerja otak seperti berfikir,
membaca, merancang dan bermesyuarat. Ia perlu diambil dua sudu teh
(gunakan sudu plastik) pada waktu pagi dan malam.
2) Kismis -
Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi
memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Adab
memakannya ialah dengan mengadap Kiblat, membaca Bismillah dan selawat
tiga kali diikuti doa penerang hati. Ia perlu dimakan seperti memakan
gula-gula kerana dikatakan tidak berkesan jika dikunyah dan diambil satu
persatu sebanyak 21 biji setiap hari.
3) Susu segar - Susu
berguna untuk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga
mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semula jadi iaitu keju,
lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak.
Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri - biri
dan lembu yang segar. Ia diminum segelas pada sebelah pagi dan malam.
4) Telur - Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli - ahli kesihatan mengakui ia adalah makanan yang lengkap dan berkhasiat. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.
5) Halia - Ia sangat mujarab untuk menghindar masalah lupa. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halwa. Halwa ialah halia yang dijadikan Dimakan sedikit saja pada waktu pagi.
6) Buah Delima - Mujarab untuk penerang hati seperti sabda Nabi Muhammad SAW: “Sesiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari.”
Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, sila hubungi sayaaniszzddin@gmail.com | SMS/WhatsApp 012-6088399 | add saya di FBanisvitashop untuk konsultasi percuma & LIKE fanpage anisvitashop untuk tips kesihatan/kecantikan.
*Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.
*Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.
Salam Ceria,
Aniszzddin
No comments:
Post a Comment