Monday, October 29, 2012

Tips Langsing Selepas Bersalin

Tahukah anda bahawa ketika seseorang itu hamil, lemak akan tersimpan lebih daripada satu pertiga daripada jumlah lemak sebelumnya. Kenaikan berat badan juga berbeza bergantung kepada pemakanan dan vitamin yang diambil serta tahap selera semasa hamil. Ketika proses bersalin pula, berat badan akan hilang kira-kira 12.5 hingga 14 paun, baki 12 hingga 21 paun lebihan berat akan turun sepanjang tempoh berpantang. Selepas itu, penurunan berat badan yang drastik bergantung kepada cara pemakanan dan gaya hidup anda.



Berikut 6 tips mudah untuk kurus,

Pemakanan
Jumlah dan kualiti makanan yang diambil selepas proses melahirkan anak memberikan impak yang besar kepada berat badan dan kesihatan anda. Sewaktu berpantang, penting untuk anda untuk tidak mengambil makanan yang menggemukkan. Makanan yang disyorkan adalah ulam-ulaman dan masakan yang menggunakan rempah-ratus. Elakkan makanan yang pedas, gatal, berminyak, gula dan berlemak, makanan yang diperbuat dari gandum seperti roti dan bijirin, serat dan hasil tenusu. Amalkan pemakanan diet rendah lemak, vitamin dan mineral tetapi kaya dengan gentian. Pandangan pakar diet dan pemakanan adalah jalan terbaik untuk dapatkan pengetahuan yang secukupnya sebelum memulakan sebarang program diet.

Bertungku
Selepas bersalin perut lebih mudah membuncit dan mengeleber kerana lapisan perut yang ditinggalkan oleh bekas kandungan. Beertungku atau bertuam dengan menggunakan batu khas boleh membantu untuk mengembalikan perut kepada keadaan normal. Tujuannya, adalah untuk mengeluarkan saki baki darah kotor, mengecutkan dan memulihkan rahim serta urat saraf disekeliling peranakan dan juga bahagian-bahagian lain.

Berbengkung
Bengkung digunakan untuk mencegah peranakan 'jatuh', mengecutkan semula peranakan serta memulihkan kulit perut. Sebelum berbengkung, perut elok disapukan dengan bahan campuran yang ditumbuk seperti lada hitam, raga tapai dan air asam jawa. Selain itu, kaedah moden pemakaian 'girdle' juga boleh digunakan. Pastikan 'girdle' tersebut mampu memberi tindak balas yang positif untuk mengembalikan tubuh badan kepada bentuk asal.

Berurut
Urut bertujuan memulihkan kesegaran badan, melancarkan peredaran darah, membuang angin, membuang angin, membetulkan urat, memperkemaskan bahagian perut dan mempercepatkan prngeluaran darah nifas serta kekotoran.

Senaman
Senaman ringan boleh dilakukan untuk mengembalikan otot-otot yang telah kendur. Tiga hari atau seminggu selepas bersalin adalah proses awal senaman ringan. Berjalan kaki adalah senaman awal yang terbaik. Selain itu, anda juga boleh bersenam dengan bayi atau bersenam ketika mandi.

Penyusuan
Penyusuan sebenarnya membantu mengurangkan berat badan yang diperolehi sepanjang tempoh kehamilan, sekurang-kurangnya dalam tempoh 12 bulan selepas waktu kelahiran. Untuk proses penyusuan, berhati-hati memilih makanan dan jangan mengambil diet yang ekstrem.Perlu diingatkan bahawa penyusuan badan tidak menghalang anda untuk mengamalkan diet, tetapi pastikan kalori anda tidak terbuang melebihi 1800 sehari.

Terburu-buru untuk berdiet bukan penyelamat. Dalam tempoh berpantang tumpukan perhatian pada pemakanan yang sihat dan tip-tip untuk senaman yang bersesuaian. sekurang-kurangnya tunggu sehingga enam minggu selepas kelahiran untuk memulakan senaman. Harus diingatkan sekali lagi, bahawa tidak semua bahagian tubuh ibu-ibu yang bersalin dapat kembali seperti sedia kala terutama bahagian pinggul dan pinggang.
Selain daripada amalan2 diatas saya ambil supplement utk membantu saya menurunkan berat badan. Set Slimming Breastfeeding saya bagi nama camtu sebab ia kombinasi beberapa vitamin yang saya ambil untuk membantu saya menjayakan penyusuan dan sekaligus menurunkan berat badan. Ialah ibu2 yg menyusukan bayikan tak boleh nak berdiet sakan kang emaknya tak kurus anak pulak yang kurus. Set ini terdiri daripada:

Lecithin / Omega Guard: Ia bertujuan untuk memecahkan lemak.

Alfalfa: Untuk tujuan detox kerana perkara utama dalam menurunkan berat badan ialah DETOX. Ia juga milk booster.

ESP: Ia adalah sumber protein yang penting untuk membina sel terutamanya bila kita sedang menurunkan berat badan dan juga memberi rasa kenyang. ia juga membantu dalam menghasilkan susu yang pekat, lemak berkrim...dan milk booster terbaik dari shaklee.

Saya nak letak testimoni kat sini tapi bila pikir balik saya sendiri dah mengalaminya baik saya share tentang diri saya sendiri. Berat saya pada January 2012 ialah 68 kg dan berat saya turun kepada 59 kg pada April 2012. Ha banyak kan turun, sedangkan saya tak berdiet sbb saya menyusukan anak saya yg baru 19 bulan. Sekarang berat saya maintain 59 kg. Saya sangat hepi sbb tak perlu berlapar dan susu maintain banyak. Kepada ibu2 yang menyusukan anak set ini sesuai sebab MAMA KURUS TAPI BABY SIHAT ! 

Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, sila hubungi sayaaniszzddin@gmail.com | SMS/WhatsApp 012-6088399 | add saya di FBanisvitashop untuk konsultasi percuma & LIKE fanpage anisvitashop untuk tips kesihatan/kecantikan.

*Penafian:   Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan. 

Salam Ceria,
Aniszzddin

No comments:

Post a Comment