Salam blogger2, rakan2 alam maya saya. Hari ni sangat teruja nak bercerita tentang usaha saya dan suami nak menurunkan berat badan. Macam biasalah kan musim2 raya ni susah nak kontrol berat badan sbb "pesta makanan" memang berlangsung secara terus menerus setiap hujung minggu tu tak campur lagi dgn yg dianjurkan oleh opis. Open house merata, kenduri kawin dan mcm2 "acara makan" yang berlangsung semperna Raya ni. Dan hasilnya berat badan saya juga menunjukkan kenaikan hampir 2 kg.... owh tiiidaaak! Maka saya dan suami pun mulalah merancang utk memulakan misi menurunkan berat badan..... saya syorkan kepada suami SET KURUS SHAKLEE yang mengandungi LECITHIN, ALFALFA/HERBLAX DAN CINCH. Cuma saya ganti CINCH tu dgn ESP.
Inilah rupanya SET KURUS tu. Ok kepada yang baru pertama kali tgk saya perkenalkan fungsi setiap satu ni ye. Tapi sebelum tu saya nak terangkan serba sedikit tentang cara berdiet yang betul agar badan kita masih mendapat nutrisi yang cukup walaupun kita sedang berdiet dan juga yang penting kita tak merosakkan otot badan kitika berdiet.
Secara ASAS untuk menurunkan berat badan kita mesti melalui 3 proses iaitu:
DETOKS - Detoks
adalah proses membersihkan usus di mana segala toksin, lemak dan lendir
yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus kita bersih, barulah badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum.
Kerana itulah detox sangat penting sebeLum mengambil apa-apa vitamin
atau supplement supaya tahap penyerapan nutrien pada kadar paling
optimum. Supplement yang saya dan suami amalkan ialah herblax dan alfalfa. Menyingkirkan
lemak dan kolestrol - kajian klinikal terbukti bahawa penggunaan jangka
panjang daripada alfalfa akan menghapuskan lemak, mengurangkan
kolestrol, mencegah penyakit jantung, strok dan darah tinggi. Alfalfa
juga mengandungi saponin, seperti span yang bertindak sebagai serat yang
menyerap kolestrol!
MEMECAHKAN LEMAK - Untuk pecahkan lemak yang sedia ada dan baru ada hehe saya pilih lecithin kerana ia selamat untuk bf mum mcm saya. Lagipun lecithin bukan sahaja "pengimulsi lemak yang terkemuka" tetapi berfungsi dalam merendahkan
kolestrol dalam darah. Menurunkan total serum cholesterol dan
meningkatkan kolesterol baik (HDL). Membantu kawal paras triglycerides.
Membantu memecahkan lemak badan dan mengurangkan lemak yang tersendat
di pembuluhan-pembuluhan darah. Mengurangkan kesan buruk yang wujud
dari masalah kolesterol.
Akhir sekali saya dan suami ambil protein untuk membantu meningkatkan metabolisme tubuh,
meningkatkan perkembangan otot, menjaga nafsu makan dan menjaga otot
bebas lemak. Kajian menunjukkan protein dapat membakar kalori sampai
sebanyak 35%. Ada pelbagai sumber protein yang boleh diperolehi tetapi saya pilih Cinch untuk suami kerana ia diperkaya dengan Leucine yang memelihara otot semasa pembakaran lemak. Ini penting kerana protein sepatutnya digunakan untuk membina otot dan ototlah yang menaikkan kadar metabolisma dan juga membakar kalori. Dan untuk saya semestinya ESP kerana ia bukan sahaja sumber protein yang membantu saya mengatasi rasa lapar tetapi juga untuk kecantikan kulit..... (hihi....pompuan xleh lari dari topik cantik ni).
Ok sekian saja perkongsian saya untuk misi kurus kami. saya akan update resultnya sebulan dari sekarang (InsyaAllah testimoni bergambar). Doakan kami berjaya ye! Oh ye lupa berat saya skrg 60kg aritu 58kg je huhu.... en hasben lak 95kg. Sayanak turunkan 2 kg jer tapi my hubbu kena turun dlm 20kg tu. Nantikan entry saya bulan depan k.
*Penafian: Segala
testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan
bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua
penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat
nasihat dari pakar perubatan.
Salam Ceria,
Aniszzddin
No comments:
Post a Comment