Semperna bulan Ramadhan ni saya akan cuba sedaya upaya untuk berkongsi apa jua tip2 tenatng penyusuan, kehamilan dan keibubapaan yang bertemakan ramadhan. Jadi entry kali ini adalah tentang amalan pemakanan yang sesuai untuk ibu2 yang menyusukan bayi...... yang tak termasuk dalam kategori ni pun boleh ikut tak salah hehe :D!
1. Minum Air Mencukupi ~ saya mmg minum byk2 dari buka sampai sahur!
Anda perlu minum air yang mencukupi ketika sahur dan berbuka bagi mengelakkan dehidrasi yang bakal menjejaskan penghasilan susu. Seelok-eloknya minum dua liter atau bersamaan dengan lapan gelas air sehari.

2. Jangan Abai Sahur - saya banyakkan protein sbb lebih lama mengekalkan tenaga!
Usah sesekali meninggalkan waktu bersahur. Namun, anda digalakkan untuk melambatkan makan sahur. Makanlah makanan yang kaya dengan protein dan apa sahaja makanan berbentuk sup. Dalam pada itu, anda perlu kurangkan pengambilan makanan bergoreng dan berminyak kerana ia boleh mengurangkan nutrisi makanan yang diambil

.
3. Makan Kurma Ketika Berbuka ~ ni mmg wajib dan memang cepat dapat tenaga!
Berbukalah dengan memakan kurma terlebih dahulu sekurang-kurangnya tiga biji. Amalan sebegini dapat membekalkan tenaga segera selepas berpuasa sepanjang hari.
Berbukalah dengan memakan kurma terlebih dahulu sekurang-kurangnya tiga biji. Amalan sebegini dapat membekalkan tenaga segera selepas berpuasa sepanjang hari.
4. Banyakkan Buah Dan Sayur ~ ni pun mmg saya amalkan sbb buah tu sumber serat senang nak buang!
Makanlah buah dan sayur yang ternyata mengandungi banyak khasiat yang bukan sahaja baik untuk tahap kesihatan anda malah bagus untuk bayi juga.
Makanlah buah dan sayur yang ternyata mengandungi banyak khasiat yang bukan sahaja baik untuk tahap kesihatan anda malah bagus untuk bayi juga.
5. Ambil Lebih Lemak Sihat~ ni kena hati2 bukn makan masak lemak hari2 tau!
Jumlah lemak di dalam susu ibu berkurangan apabila anda berpuasa. Untuk itu, anda perlu mengambil makanan yang mengandungi lemak sihat mencukupi. Ini dapat dilakukan dengan mengambil susu dan produk tenusu seperti keju, susu dan sebagainya.

6. Amalkan Madu ~ ni pun saya amalkan dari waktu mengandung lagi!
Anda sangat digalakkan untuk memakan madu setiap hari sepanjang berpuasa kerana ia merupakan sumber tenaga semula jadi. Selain daripada menambah stamina, ia mampu meningkatkan kadar serapan kalsium dalam tubuh.

7. Elakkan Minuman Bikarbonat ~ saya mmg tak suka minuman bergas jadi takde masalah!
Anda sememangnya digalakkan untuk minum banyak air ketika berpuasa tetapi hindari pengambilan minuman yang mengandungi banyak gula seperti air bikarbonat. Sama juga halnya dengan minuman berkafein. Ketahuilah bahawa kandungan gula dan kafein boleh mengganggu penghasilan susu ibu jika diambil berlebihan.

Pada asasnya, amalan berpuasa sama sekali tidak akan mengganggu
pengeluaran susu ibu. Ia tidak bergantung kepada amalan pemakanan
seharian. Sebaliknya bersandarkan kepada keupayaan anda mengosongkan payu dara
secara efektif sekerap yang boleh, menerusi penyusuan terus atau
pemerahan payu dara. Sehubungan itu, untuk makluman amaun susu ibu mungkin berkurangan pada
hari pertama berpuasa. Namun, jangan endahkan hal ini. Sebaliknya, anda
perlu lebih kerap mengosongkan payu dara. Jika bersama bayi, susukannya
secara terus. Jika bekerja pula, perah dan kosongkan payu dara dengan
sebaik mungkin dengan mengepam susu di setiap dua atau tiga jam sekali. Biarpun berpuasa, pemerahan perlu berlangsung seperti biasa.
Walau bagaimanapun, sebaik-baiknya mulakan rutin ini di awal pagi iaitu
ketika waktu sahur. Hal ini kerana amaun susu ibu pada waktu ini masih
banyak. Sama juga halnya selepas anda berbuka puasa. Sekian sahaja perkongsian untuk kali ini. Selamat menjalani ibadah puasa dari saya.
Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, sila hubungi saya aniszzddin@gmail.com | SMS/WhatsApp 012-6088399 | add saya di FBanisvitashop untuk konsultasi percuma & LIKE fanpage anisvitashop untuk tips kesihatan/kecantikan.
*Penafian: Segala
testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan
bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua
penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat
nasihat dari pakar perubatan.
Salam Ceria,
Aniszzddin
Anda mungkin juga meminati:
No comments:
Post a Comment